Radio Sekolah

Program Radio Sekolah anjuran Pusat Sumber Sekolah telah bermula sejak 1 Februari 2010. Program Radio Sekolah ini telah di uruskan oleh cikgu Pn. Normaliza.

Radio sekolah di aktifkan pada waktu rehat iaitu pada pukul 10.10-10.30 pagi sahaja. Tujuan program ini di adakan adalah untuk memberikan informasi-informasi terkini sekolah kepada semua pelajar-pelajar dan seluruh warga SMKBJ.

Iklan untuk pemilihan penyampai radio sekolah ini telah di paparkan sejak January lagi dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Setelah di tapis, beberapa orang pelajar telah di ambil untuk menjadi penyampai radio. Kepada yang tidak terpilih, jangan putus asa, cuba lagi bila iklan di buka semula nanti :)