Ucapan Tuan Pengetua




Assalamualaikum wbt

Saya harap blog ini dapat menjadi wadah kepada semua warga SMK Bukit Jalor merakamkan segala peristiwa hari ini agar dapat mencipata sejarah kecemerlangan diri untuk hari esok. Apa yang berlaku hari ini akan menjadi sejarah bagi kita pada hari esok. Semoga segala kejayaan dan pencapaian kita dalam sahsiah,akademik,kerohanian dan ko-kurikulum dapat melahirkan warga negara Malaysia yang patuh pada ajaran agamanya dan taat setia kepada negara tercinta ini,

Untuk para guru diharapkan dapat menjadi seorang pendidik yang “caring” terhadap anak-anak didiknya. Kenal semua pelajar yang diajar bukan setakat nama mereka malahan kenal siapa ibu dan bapa mereka , tahu di mana tempat tinggalnya dan dapat menerimanya seolah-olah seperti mendidik “anak sendiri”. Kejayaan seorang guru bukan terletak kepada keputusan peperiksaan sahaja tetapi lebih dari itu ialah ketika dapat berjumpa mereka satu hari nanti berjaya dalam kehidupannya.

“Biar kita pendidik kaya dengan doa-doa anak didik kita sepanjang masa”. Bukan kaya harta benda dunia. Sihatnya kita hari ini adalah dek kerana doa-doa bekas anak-anak didik yang sayang kepada kita. Kita pernah menjadi murid satu ketika dulu dan kita juga ada guru-guru yang kita sayangi.Jadilah seperti guru-guru kita dahulu yang kita sayangi agar kehangatan menjadi guru sentiasa tergbakar dan membara dalam diri kita.

Seuntai kata menyimpul bicara, sakali lagi saya ingin menyeru kepada diri saya dan rakan-rakan guru semua agar jadikanlah hari ini lebih baik daripada hari semalam.

“HIDUP INI SEPERTI PEPERIKSAAN”

“HIDUP INI SEPERTI PERNIGAAN”

Sekian,wassalamualaikum wbt.
En. Kamarulzaman Bin Hj. Hasanuddin
Pengetua SMKBJ