Matlamat, Objektif, Misi dan Visi PSS
Matlamat Pusat Sumber Sekolah
1- Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah
2- Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisplin untuk membantu pembinaan guru-guru supaya mereka dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
3- Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisplin untuk membantu pembinaan sahsiah pelajar itu sendiri supaya dapat memainkan peranan yang positif apabila mereka tamat persekolahan balik ke pangkuan masyarakat.
4- Merapatkan jurang perbezaan kemudahan-kemudahan pendidikan antara sekolah-sekolah luar bandar dengan sekolah-sekolah dalam bandar.
Objektif Pusat Sumber Sekolah
3.1 Kecemerlangan Pendidikan : Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran potensi individu serta sahsiah pelajar.
3. 2 Penggunaan Kemudahan : Menggalakkan pelajar dan guru-guru menggunakan pelbagai kemudahan supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
3.3 Memupuk tabiat belajar : Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara saintifik.
3.4 Penghasilan bahan : Membantu pelajar dan guru menghasilkan, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
3.5 Perkhidmatan pembelajaran : Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran.
3.6 Kecemerlangan Pendidikan : Melatih pelajar menggunakan maklumat dalam proses pembelajaran.


